Rabu, 15 September 2010

Trailer Filem Magika


Sebelum ini tertunggu-tunggu filem Merong Mahawangsa terbitan KRU yang katanya bertaraf antarabangsa. Tengok triailer pun cukup gempak. Tetapi sebelum itu, filem Magika akan keluar dahulu pada 23 September 2010.

Magika merupakan kisah pengembaraan dua beradik di alam yang berbeza. Filem ini ala-ala muzikal seperti drama Hotel Mania yang juga hasil terbitan KRU. Tetapi cerita yang dipersembahkan berlatar belakangkan cerita rakyat Melayu.

Dibintangi oleh ramai bintang, antaranya Diana Danielle, Mawi, Fimie Don, Ziana Zain, Ning Baizura, Maya Karin, M.Nasir, Raja Azura, Norman KRU, Edry (KRU), Yusry KRU serta ramai lagi (ada masa aku update). Filem ini adalah hasil karya Edry (KRU) sepenuhnya. Jangan ketinggalan saksikannya.




p/s: saya salah seorang web programmer untuk laman web krustudios dan untuk maklumat filem magika boleh lihat sini.

0 ulasan:

 
Photography Templates | Slideshow Software