Ahad, 6 Disember 2009

Jangkaan Penggunaan Elektrik di Semenanjung Malaysia



Berikut adalah jangkaan kos pengunaan elektrik di Semenanjung Malaysia. Bukan Semenanjung Tanah Arab. Takrifan yang dikenakan oleh TNB adalah sekitar 30 sen hingga 45 sen per kilowatt-jam (kWh) bergantung penggunaan kita.

Penggunaan dan jangkaan kos (sen/jam)

Wireless Router--------------- 1 sen
ASTRO decoder + dish---------- 2 sen
Kipas berdiri----------------- 2 sen
Kipas syiling----------------- 3 sen
laptop------------------------ 5 sen
TV CRT (jenis biasa) 21 inch-- 3 sen
TV LCD (32 inch)-------------- 7 sen
Komputer (desktop)------------ 9 sen
TV Plasma (42 inch)----------- 10 sen
Mesin basuh------------------- 15 sen
Vaccuum----------------------- 17 sen
Streka------------------------ 33 sen
Aircond----------------------- 46 sen
Kettle------------------------ 50 sen

Ianya menjadi panduan untuk aku jika sudah memiliki rumah sendiri dan juga di rumah famly sendiri....





p/s: sumber dipetik dari rakan yang menghantar email secara forward. Aku tidak akan bertanggungjawab atas kesilapan maklumat ini.

Sabtu, 5 Disember 2009

Hang Tuah tak lulus SPM???








Boleh tahan lawak gak ni....

Selasa, 1 Disember 2009

Jimat bahan bakar


Berikut beberapa tip untuk penjimatan bahan bakar kenderaan:






-Elakkan mengisi minyak pada cuaca yang bersuhu tinggi. Isi minyak pada awal pagi atau malam kerana pada waktu ini minyak kurang termeluwap dan berketumpatan yang tinggi.

-Pastikan anda menggunakan gear yang betul. Penggunaan gear rendah untuk kelajuan yang tinggi akan mengakibatkan anda kehilangan lebih 45% minyak.

-Bawa kereta dengan kelajuan yang konsisten dan kurangkan penukaran gear.

-Kurangkan perjalanan jarak dekat.

-Tutup tingkap kereta ketika memandu. Ia akan menjimatkan minyak anda sehingga 10%.Pastikan tekanan tayar anda berada pada pada ukuran yang betul. Jangan terlalu banyak atau terlalu sedikit.

-Elakkan memasang peralatan tambahan yang tidak aerodinamik seperti alat pengangkutan barang di atas bumbung.

-Buat pemeriksaan enjin dari masa ke semasa.

-Kawal kelajuan kira-kira tidak melebihi 90km. Semakin laju kenderaan, semakin banyak bahan api digunakan.

-Jangan membrek secara mengejut. Brek berlebihan mengakibatkan tenaga bahan api hilang melalui penggeseran tenaga.

-Pastikan kereta diselenggara dengan baik. Servis kereta mengikut jadual.

-Periksa penapis udara dan penapis minyak petrol ( tukar 40 000 km sekali).

-Elakkan melalui kesesakan jalan raya dengan membuat perancangan perjalanan terlebih dahulu.

-Matikan enjin ketika sedang menunggu.

-Guna tayar kereta yang low profile dan mempunyai special rubber compound (Grip tinggi rintangan kurang).

-Pakai rim tayar biasa dan mengikut kesesuaian jenis kereta. Penggunaan rim tayar yang lebih besar menyebabkan bebanan kepada enjin.

-Isi minyak secara perlahan semasa di stesen minyak.

-Membuat isian semula minyak apabila takat minyak tidak kurang daripada separuh tangki kenderaan.

-Jangan membawa barangan terlalu banyak kerana apabila berat bertambah bebanan enjin akan meningkat dan penggunaan minyak akan bertambah.

-Elakkan mengisi minyak ketika lori tangki minyak sedang mengisi tangki di stesen minyak untuk mengelak kotoran di dalam tangki bercampur dengan minyak yang diisi disebabkan oleh tekanan pengeluaran minyak daripada lori yang kuat semasa proses tersebut.

 
Photography Templates | Slideshow Software